My photo
In truth, I have put my trust in Allah, (who is) my Lord and your Lord. There is no crawling creature that Allah does not take by the forelock. Indeed, my Lord is on a Straight Path. (Surah Hud: 56) Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Saturday, October 16, 2010

Yakjuj Makyuj, Dajjal & Imam Mahadi

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.


Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? 
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:


Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. 

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:


Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.




Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)


Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.


Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih
Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.
Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:-

Siapakah Imam Mahdi?
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan lenyap dunia ini hingga Arab dikuasai oleh seseorang dari keluargaku yang namanya menyamai namaku. Dalam riwayat lain oleh Abu Daud: Namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyamai nama bapaku (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Terdapat 40 hadith tentang Imam Mahdi. Imam Mahdi tetap akan datang walaupun sehari sebelum kiamat. Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas’ud dari pada Nabi SAW sabdanya:
“Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”
Namanya Muhammad Bin Abdullah seperti nama nabi s.a.w. Imam Mahdi ialah keturunan Nabi dari cucunya Sayyidina Hassan (anak kepada Sayyidiana Ali dan Fatimah r.a.)
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah.
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah bersabda:
Mahdi itu dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya(mancung). Ia akan memerintah bumi dengan penuh kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah selama 7 tahun. (Riwayat Abu Daud)


Kisah Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj

Imam Mahdi akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Di situ beliau akan dikenali (sebelum itu semasa diperjalanan beliau tidak dikenali). Orang ramai di Mekah dan Madinah akan berbaiah dengannya. Beliau akan berjuang di Syria memimpin Islam melawan Kristian. Kristian mengatakan “Nabi Isa yang benar” manakala Islam mengatakan “Nabi Muhammad yang benar.
Imam Mahdi akan keluar dari Khurasan (samada di Iran atau di Afghan) manakala Dajjal keluar dari Iraq. Dajjal akan keluar setelah keluarnya Ya’juj dan Ma’juj.

Ya’juj dan Ma’juj ialah manusia dari keturunan Nabi Nuh iaitu anaknya yang bernama Yafis. Fizikalnya hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? 
Ya’juj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. 
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. 
Pada masa itu Imam Mahdi telah ada.

Semasa Dajjal keluar mengamuk, orang Islam sedang sembahyang Asar berjemaah di satu masjid di Damsyik, turun Imam yang diletakkan di menara masjid iaitu Nabi Isa. Imam Mahdi menyuruh Nabi Isa menjadi imam dan sebaliknya, berlaku tolak-menolak sehinggalah akhirnya Nabi Isa menjadi imam sembahyang asar. Selesai sembahyang, Nabi Isa keluar mencari Dajjal.
Dajjal tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah. Tiap-tiap jalan pintu masuk ditunggu oleh malaikat. Dajjal tidak nampak kerana hanya bermata satu. Malaikat memusingkan Dajjal apabila ia menuju ke pintu masuk. Setelah Dajjal melihat Nabi Isa, ia berlari sekuat hatinya hingga akhirnya Nabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.


Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

Saturday, October 9, 2010

Hati Mati dan Hati Hidup

Ambil iqtibar darinya, amalkan dan sampaikan kepada semua kenalan dan keluarga kita, insyaAllah. 


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah: 


1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 


2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 


3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 


4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 


5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 


6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 


7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 


8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 


9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. 


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; 


Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. 




Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu : 


1 - Hubbul dunia (kasihkan dunia) 


2 - Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) 


3 - Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah. 




Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :


1 - Zuhud dengan dunia 


2 - Zikrullah 


3 - Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah 




Whatever mountains stands in your path, 
Whatever obstacle blocks your way, 
Whatever difficulty immobilized you, 
The prayer full of faith can remove it. 
InsyaAllah...

A story about An American man

The speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee)
He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.


A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING LIVE ON BROADCAST OF SALAT ISHA’ FROM MECCA, ON TV


The American man was so amazed of how crowded is the Masjidil Haram, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadan, so crowded, so disorganized.


The sheikh asked the Non-Muslim man: “How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?”


He answered: “at least 2-3 hours”


The sheikh said: “but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floor-high”


The man answered: “OH, this will make it longer, about 12 hours”


Then the sheikh explained: “bear in your mind that they are from countries all over the world with different languages”.


The American man replied: “THEN IT’S IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!”


Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO) = Arrange yourselves


And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !! (Subhanallah).


The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:


“ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAR RASOOLOLLAH”.


(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)

Thursday, August 26, 2010

Sunday, August 22, 2010

Apabila Usaha Dakwah Terhenti....

Kisah ini saya tulis daripada bayan Abdurrahman Pathalung, Yala-Thailand, November 1999. 

Ayuh kita hayati jika kita umat hari ini hentikan usaha dakwah. Saya amat suka dengan kisah ini untuk dijadikan pedoman and asbab kefahaman kenapa usaha dakwah begitu penting di zaman ini. Bukan sahaja Ulamak kena berdakwah, kita umat biasa pun kena buat usaha dakwah. Kita sama-sama berdoa agar Allah swt memberikan kita kefahaman, insyaallah.

Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Baginda Muhammad SAW. Ia (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Ia menanyakan tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itu lah Rasulullah SAW menerima wahyu ke-dua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah SAW kemudian berkata kepada isterinya "Tidak ada waktu lagi untuk berehat... Jibril AS telah menyampaikan perintah Allah SWT kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai isteriku siapakah orang yang akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahawa Allah SWT tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" Jawab Khadijah rha.

Demikianlah awal pengorbanan mereka yang tiada berhenti sehingga segala keperluan diri dikebelakangkan hanya untuk kemuliaan Islam. Hingga di akhir hayatnya Rasululah SAW ketika ditemani oleh Jibril AS yang datang untuk menghiburnya, Beliau SAW bertanya "bagaimana keadaan ummatku sepeninggalanku?". Keadaan ummatnya saja yang terfikir hingga akhir hayatnya.

Menjelang akhir hayatnya Rasulullah SAW mengirim satu jema'ah besar keluar kota Madinah dipimpin seorang panglima yang masih sangat muda, anak dari seorang bekas budak hamba sahaya yang kemudian menjadi anak angkat Beliau, Usamah bin Zaid r.ahuma. Belum sampai ke tujuan Jema'ah tersebut mendapat berita tentang wafatnya Baginda Rasulullah SAW. Akhirnya diputuskan jema'ah tersebut kembali ke Madinah.

Di Madinatul Munawwarah keadaan pun sedikit kacau, kerana begitu sedih dan bingung banyak dari sahabat r.anhum yang tidak tahu harus berbuat apa pada saat itu. Umar ra. menghunuskan pedang berkeliling Madinah sambil berkata tidak mungkin Rasulullah SAW wafat, Uthman ra. hanya diam tidak tahu berbuat apa.... Sehingalah Abu Bakar ra., setelah menjenguk jasad Baginda SAW, tampil ke depan menenangkan.

Singkat cerita...

Usaha da'wah terhenti sebentar (dalam satu riwayat 7 hari), jema'ah yang dipimpin Usamah ra. belum diberangkatkan. Apa yang terjadi? Alim ulama menerangkan ketika da'wah terhenti sebentar ada 3 perkara besar terjadi:

1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam
2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.
3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahzab.

Tentera Romawi dan sekutu-sekutunya mengirim suatu kekuatan besar untuk membumi hanguskan Madinah dan seluruh orang Islam. Abu Bakar ra. memutuskan untuk segera mengirim kembali jema'ah yang sempat tertunda untuk menghadapi tentara kafir dengan tetap dipimpin oleh Usamah ra. Ada sebagian sahabat yang merasa keberatan dan ingin agar Usamah ra. dapat diganti dengan sahabat yang lebih berpengalaman tapi Abu Bakar ra. berkata,

"Belum lama jasad Rasulullah SAW dikebumikan, sekarang kalian hendak mengubah satu Sunnahnya"!

Jema'ah tersebut tetap dipimpin oleh Usamah bin Zaid r.anhuma. Semua sahabat yang tidak ada uzur diperintahkan untuk menyertai jema'ah tersebut. Amirul Mukminin, Abu Bakar ra. meminta kesediaan Usamah ra. untuk membolehkan beberapa sahabat tetap tinggal di Madinah untuk tugas-tugas lain. Khalid bin Walid ra. ditugaskan memimpin 500 orang untuk menghancurkan Musailamah al Kahzab, Umar ra. ditugaskan memimpin 50 orang untuk menhadapi mereka yang tidak mau membayar zakat. Sehingga tinggallah di kota Madinah orang-orang tua dan Abu Bakar ra. sebagai Amirul Maukminin untuk mengendalikan keadaan di Madinah. Seorang sahabat lagi bertanya kepada Abu Bakar ra. berkata "Wahai Amirul mukminin kalau semua kita menyertai jema'ah ini bagaimana keadaan kota Madinah yang di dalamnya ada Ummahatul mukminiin, isteri-isteri Rasulullah SAW". Abu Bakar ra berkata,

"Aku lebih rela isteri-isteri nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik-cabik serigala daripada agama dan usaha agama ini terhenti".

Akhirnya Jema'ah tersebut diberangkatkan dengan dilepas sendiri oleh Amirul Mukminin Abu Bakar ra. Di Madinah, semua sahabat yang uzur diperintahkan untuk membuat 'amalan masjid. Mengisinya dengan Da'wah menjumpai orang-orang di Madinah yang keyakinannya goyah atau telah keluar dari Islam untuk dapat kembali kepada Islam. Mereka kemudian diajak ke Masjid Nabawi untuk duduk di dalam majlis taalim dan dibangkitkan semangatnya kembali serta memperbanyak 'amal ibadah dan berdo'a memohon bantuan Allah SWT. Sebahagian lagi diberi tugas untuk melayani tetamu-tetamu yang datang dan menyiapkan segala keperluan jema'ah masjid.

Dari usaha dan kerja di Masjid Nabawi tersebut alim ulama menerangkan terbentuk beberapa jema'ah da'wah yang dikirim ke kawasan yang berdekatan dengan Madinah, menjumpai setiap orang yang berada di kabilah terdekat untuk kembali kepada Islam dan Iman. Sehingga di dalam suatu riwayat selama tiga hari-tiga malam di kota Madinah tidak terdengar suara adzan.

Kembali kepada Jema'ah yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ra. Selama perjalanan untuk menghadapi tentera kafir mereka telah berhenti beberapa kali. Alim ulama menerangkan bahawa Usamah ra. telah memerintahkan jema'ah tersebut untuk berhenti dan membongkar segala perlengkapan dan memasang tenda dan berbagai keperluan lainnya. Ketika semua telah selesai, ia, Usamah ra. memerintahkan untuk melanjutkan perjalanan. Semua sahabat r.ahum taat akan perintah tersebut. Mereka segera membongkar tenda mengumpulkan segala perbekalan dan sebagainya. Di tempat yang lain Usamah ra. memberikan perintah yang sama sehingga beberapa kali jema'ah tersebut membongkar memasang dan membongkar lagi perbekalan serta tenda mereka.

Alim ulama menerangkan bahawa walaupun pada zahirnya terlihat seperti tidak teratur akan tetapi dengan ketaatan kepada Amir dan bergeraknya mereka tersebut fii sabilillaah. Allah SWT telah tanamkan kembali di dalam hati musuh Islam ketakutan terhadap ummat Islam. Tentera Romawi dan sekutunya menjumpai bekas-bekas perkemahan dan barang-barang perbekalan sahabat r.ahum dapat menghitung berapa kekuatan pasukan Muslimin. Di tempat yang lain mereka menjumpai tanda-tanda bahawa di tempat itu juga sepasukan yang besar pernah berkemah. Sehingga akhirnya tentera musuh Islam tersebut berkesimpulan kalau dengan jumlah sahabat r.ahum sedemikian besar yang berada di luar Madinah maka pasti jumlah yang lebih besar lagi ada di dalam Madinah. Dan mereka memutuskan untuk berundur kerana mereka yakin mereka tidak akan menang menghadapi orang Islam. Begitu juga Musailamah al Kahzab dan pengikutnya beserta benteng di Yamamah yang telah didirikannya akhirnya dapat di hancurkan.

Tiga perkara besar yang terjadi akibat usaha da'wah terhenti sebentar akhirnya dapat dikembalikan. Orang-orang kembali kepada Islam dan mau membayar zakat, Allah SWT tanamkan kembali ketakutan di dalam hati musuh Islam dan Allah SWT hancurkan nabi palsu.



Penggalan Bayan Maghrib
Abdurrahman Pathalung, Yala-Thailand, November 1999. 

Petikan: Al-Hikmah

Wonders of Allah in the Ants

Ants live in colonies and a perfect division of labor exists amongst them. When we take a closer look at their systems, we shall also see that they have a pretty interesting social structure. It will also come to our attention that they are capable of sacrifice at a much higher level than humans are. One of the most interesting points is that - compared to humans - they do not know the concepts such as the rich-poor discrimination and the fight for power that are observed in our societies.



Many scientists, who for years have been doing extensive research on ants, have not been able to clarify the subject of their advanced social behavior. Caryle P. Haskins, Ph.D., the president of the Carnegie Institute at Washington has this to say:


After 60 years of observation and study, I still marvel at how sophisticated the ants' social behavior is. ...The ants thus make a beautiful model for our use in studying the roots of animal behavior. (National Geographic, vol.165, no.6, p. 775)


Some colonies of ants are so extensive with respect to population and living area, that it is impossible to explain how they can form a perfect order over such a vast area. Therefore, it is not easy not to concur with Dr. Haskins.


As an example of these large colonies we can give the species of ant, called Formica Yessensis that lives on the Ishikari coast of Hokkaido. This ant colony lives in 45,000 interconnected nests over an area of 2.7 square kilometers. The colony, which is composed of approximately 1,080,000 queens and 306,000,000 workers, has been named the "Super colony" by the researchers. (Bert Holldobler-Edward O.Wilson, The Ants, Harvard University Press, 1990, p. 1.) It has been discovered that all production tools and food are exchanged in an orderly fashion within the colony.


It is very hard to explain how the ants have maintained this order without any problems, considering the vast area they are living in. We must not forget that various security forces are needed for enforcing law and maintaining social order, even in a civilized country with a low population density. And there is an administrative staff leading and managing these units. Sometimes, it does not become possible to maintain the required order without problems despite all these intense efforts.


Yet in ant colonies there is no need felt for police, gendarmerie or guards. If we consider that actually the duty of the queens, whom we think of as the leaders of the colonies, is just to maintain the species, they do not have a leader or a governor. There is thus no hierarchy based on a chain of command amongst them. Then who is it that lays down this order and maintains its continuity?


The fact that ants can establish such a great and perfect order is proof that they are acting on the inspiration of a certain "supervisor". The verse below fully confirms that God is the master and supervisor of everything and that every living creature acts on His inspiration:


In truth, I have put my trust in Allah, (who is) my Lord and your Lord. There is no crawling creature that He does not take by the forelock. Indeed, my Lord is on a Straight Path. (Surah Hud: 56) 

[Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.]



Dear friends,



Examining the movement of the ant is thought provoking. It moves its infinitesimal legs in a sequential and extremely organised manner knowing perfectly which leg should take the first step and which the next. It moves very rapidly without faltering.



The Ant lifts crumbs much bigger than its body. It carries them to its nest with heart and soul. It travels distances that are very long in comparison to its tiny body. On featureless land, with no guide at its service, it can easily find its nest. Despite the entrance of the nest being too small even for us to find, it is not confused and finds it no matter where it is.



When one sees in the garden some ants, lined up one after the other, ardently toiling to carry food to their nest, one cannot stop wondering what kind of purpose these tiny living beings might have in working so hard. Then one realises that not only does the ant carry food for itself, but also for other members of its colony, for the queen ant and baby ants. How such a tiny ant, which does not even have a developed brain, knows diligence, discipline and self-sacrifice is a point on which one needs to reflect. After pondering these facts, one reaches the following conclusion: ants, like all other living beings, act by the inspiration of Allah and obey His commands alone.


Allah is in command of every single creations in this world, i.e., to those who live in the sea, to those who live under the sea, to those up in the sky, beyond the sky, on the land, and to those who live under the land.




Petikan: Al-Hikmah

Paderi & Kunci Syurga


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."


Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"


Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "


Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"


Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."


"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"


"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"


"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.


Setelah membaca Bismillah dia berkata,


-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..


-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).


-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.


-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.


-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.


-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).


-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*


-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).


-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .


-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,


"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).


-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.


-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).


-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)


-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).


-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).


-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).


-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.


Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "


Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "


Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu Alla Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.




Petikan dari: Al-Hikmah

Saturday, August 21, 2010

'A'ishah: He Bestows it upon whom He wills

The Prophet's wives all knew of the Prophet's love for 'A'ishah and they talked about this love with pure intentions and pure souls. Because of this love, they used to always turn to 'A'ishah if the Prophet (pbuh) was angry with any one of them so that she could ask the Prophet (pbuh) to absolve.. 




Safiyya Bint Hoyaii, one of the Prophet's wives, went to 'A'ishah one day because the Prophet was angry with her for something. She said to 'A'ishah: Oh 'A'ishah! Would you ask the Prophet to forgive me and I will give you my day with him?? 'A'ishah agreed. She got up and dressed in a nice dress that was adorned with saffron, a plant that has the smell of perfume. She sprinkled it with water so that the smell would create an aroma. She then approached the Prophet (pbuh) and sat beside him. He said: 'A'ishah move away from me for today is not your day.? She told him about the deal between her and Safiyya. She shrugged and said: He [Allah] bestows it upon whom He wills.? (Surat Al Jumu?ah, 4). The Prophet (pbuh) laughed and forgave Safiyya. 


Source: "Glimpses From the Lives of the Sahaba and Tabi'een, 'A'ishah, Mother of the Believers." By Dr. M. Jilani. Taiba Publishers, 2003.